Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4,239 kes baru, terendah sejak 16 Mei
Diterbitkan:  Nov 28, 2021 2:26 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

COVID-19 | Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,239 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,623,816.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 196 hari, iaitu sejak 16 Mei.

Kes baru hari ini melibatkan 4,072 warga tempatan (96.1 peratus) dan 167 warga asing (3.9 peratus).

Jumlah pesakit sembuh hari ini pula lebih tinggi berbanding kes baru, iaitu seramai 5,007 orang. Ia dijangka membantu mengurangkan jumlah kes aktif.

  • Pesakit dalam ICU: 511
  • Pesakit perlu alat bantuan pernafasan: 261

 Setakat hari ini, bilangan pesakit Covid-19 (termasuk kes disyaki) dalam unit rawatan rapi (ICU) adalah 5.5 peratus lebih rendah berbanding seminggu lalu.

Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga berkurang sebanyak 2.2 peratus berbanding seminggu lalu.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 4.6 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Sejak 9 Oktober, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 27) di mana 5,097 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,503)
  • Kedah (459)
  • Sabah (438)
  • Kelantan (430)
  • Johor (337)
  • Kuala Lumpur (330)
  • Pahang (329)
  • Perak (231)
  • Pulau Pinang (227)
  • Negeri Sembilan (204)
  • Melaka (177)
  • Terengganu (171)
  • Sarawak (137)
  • Putrajaya (69)
  • Perlis (33)
  • Labuan (22)

Kluster

Setakat ini, terdapat 228 kluster Covid-19 yang masih aktif, termasuk tiga kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Jumlah kluster aktif telah berkurang sebanyak tiga peratus berbanding 235 kluster pada seminggu lalu.



Lihat Komen
ADS