Polis temui dua kontena rompakan mikrocip, tetapi kosong
Polis menemui dua kontena yang terbabit dalam rompakan mikrocip bernilai jutaan ringgit dari Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung, Pulau Pinang Isnin lalu, tetapi kedud-duanya kosong.
Polis menemui dua kontena yang terbabit dalam rompakan mikrocip bernilai jutaan ringgit dari Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung, Pulau Pinang Isnin lalu, tetapi kedud-duanya kosong.
Kontena tersebut ekoran maklumat orang ramai di Taman Idaman, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan kira-kira jam 3 petang semalam.
Bagaimanapun, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Koh Hong Sung berkata, pemeriksaan polis pada jam 11.30 pagi tadi, mendapati kedua-dua kontena itu kosong.
"Unit forensik sedang siasat sebarang kesan untuk bantu siasatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini. Koh berkata kedua-dua kontena itu dipercayai dicuri.
"Pihak polis masih menyiasat nombor casis kedua-dua kontena itu serta maklumat lanjut mengenai pemiliknya," katanya.
Menurut laporan Bernama, Koh berkata Unit Bom telah dipanggil membuka kedua-dua kontena itu bagi memastikan tiada bahan letupan di dalamnya, dan sebuah sarung parang sepanjang 0.6 meter berwarna hijau turut dijumpai.
Pekerja jumpa
Setakat ini, tiada senjata lain yang ditemui di dalam kontena itu ataupun di tempat kejadian, katanya.
Sementara itu seorang saksi, tukang sampu sampah di kawasan itu, Azhar Najamudin, 36, berkata semalam bila beliau bekerja dari jam 8 pagi hingga tengah hari, kedua-dua kontena itu tidak kelihatan di tempat itu.
Hanya apabila masuk kerja hari ini, beliau ternampak kedua-dua kontena itu diletakkan di sebuah jalan di antara deretan rumah kedai yang baru siap dibina dan masih belum dihuni di kawasan perumahan itu.
Dalam kejadian jam 2.15 pagi Isnin lalu, sekumpulan 20 perompak termasuk empat orang berpakaian Rela, membolosi kawalan keselamatan dan menyerang pekerja di sebuah gudang di kompleks itu, sebelum melarikan mikrocip berkenaan di dalam dua kontena.
Setakat ini, polis menahan reman sembilan orang bagi membantu siasatan rompakan itu.

