Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib selar Bersatu: Kamu gagal segagalnya tapi mahu salahkan 1MDB?
Diterbitkan:  Dec 1, 2021 11:34 AM
Dikemaskini: 7:44 AM

KATA MP l Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatumengaku bahawa saya betul bahawa prestasi ekonomi Malaysia dan prestasi mengawal Covid-19 adalah paling teruk berbanding negara-negara jiran biarpun Malaysia adalah antara negara yang melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) separuh masak paling lama di dunia.

Tetapi dia kata ini bukan kegagalan Muhyiddin Yassin, sebab boss dia dibeban dan dikekang oleh hutang 1MDB berjumlah RM32 bilion.

Sebab 1MDB, ekonomi dan Covid-19 teruk di negara kita.

Okay. Saya beri fakta.

Hutang 1MDB adalah RM32 bilion pada akhir tahun 2019 sebelum Muhyiddin jadi perdana menteri.

"Selain itu, RM32.2 billion hutang bersih 1MDB."

Namun seperti diulas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz semasa membahas bajet 2022 pada bulan Oktober 2021 lalu, hutang 1MDB juga RM32 bilion selepas Muhyiddin henti sebagai perdana menteri.

Bermakna satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar.

Malah sepanjang tempoh Muhyiddin jadi perdana menteri, Malaysia dapat semula RM15.4 bilion tunai yang dibayar sebagai penyelesaian-penyelesaian kes 1MDB oleh pihak-pihak seperti Goldman Sachs, KPMG dan Deloittes.

Ini bermakna satu sen prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar tetapi dana sebanyak RM15.4 bilion diterima oleh kerajaan sebab 1MDB.

Dan dia tidak pernah sebut pun aset-aset 1MDB bernilai lebih RM100 bilion atau peranan 1MDB untuk menyelesaikan masalah perjanjian IPP (penjana tenaga bebas) berat sebelah yang menjimatkan negara sebanyak RM15 bilion setahun sehingga rizab tunai Petronas naik ke RM176 bilion sebelum PRU14.

Entah sudah beberapa kali saya jawab perkara ini termasuk kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebelum PRN Melaka tetapi mereka tak pernah sekali pun menyangkal atau berbunyi: 

Jadi, dari sudut mana Muhyiddin dibeban atau dikekang oleh hutang 1MDB sehingga prestasinya mengawal ekonomi dan Covid-19 amat buruk sedangkan mereka tidak pernah langsaikan satu sen prinsipal hutang 1MDB dan sebaliknya menerima tunai RM15.4b sebab 1MDB?

Dan tahukah kamu bahawa PN dahulu turut menaikkan hutang kerajaan sebanyak RM173.3 bilion dalam tempoh mereka menjadi kerajaan dari RM792 bilion ke RM965.3 bilion pada bulan Ogos semasa Muhyiddin turun sebagai perdana menteri?

"Hutang Kerajaan Persekutuan 2019 naik kepada RM792 bilion"

"Hutang kerajaan kekal terkawal, RM965.3 bil setakat Ogos 2021"

Sedangkan hutang kerajaan pada akhir tahun 2017 sebelum PRU14 adalah RM686.8 bilion.

"Hutang negara bukan RM1 trilion tapi RM686 juta - Tuan Ibrahim"

Ya.. hutang naik RM173.3 bilion masa kerajaan PN. Lagi nak guna alasan hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion yang tidak pernah dilangsaikan satu sen oleh mereka.

(Hutang kerajaan naik hampir 50 peratus atau hampir RM300 bilion dari RM686 bilion ke RM965.3 bilion setelah saya berhenti jadi perdana menteri tetapi satu sen prinsipal hutang 1MDB RM32 bilion tidak pernah dibayar balik setakat ini.)

Bukan setakat hutang naik. Petronas turut dijarah dengan bayaran RM59 bilion (2020: RM34bilion. 2021: RM25 bilion) kepada kerajaan.

Manakala aset Khazanah Nasional turun hampir RM10 bilion dari RM 91 bilion pada akhir tahun 2019 ke RM81 bilion pada akhir tahun 2020.

Dan kerajaan PN juga korek RM5 bilion dari tabung KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara) yang dibina masa saya menjadi perdana menteri dari RM4 bilion sehingga nilainya mencecah RM17 bilion keitka PRU14.

"Kerajaan hanya ambil RM5 bilion dari KWAN"

Jadi::

- RM15.4 bilion (dana diterima sebagai penyelesaian 1MDB)

- RM173.3 bilion (kenaikan hutang kerajaan)

- RM59 bilion (bayaran dari rizab Petronas)

- RM10 bilion (Khazanah Nasional)

- RM5 bilion (korek dari Tabung KWAN)

= RM262.7 bilion dihabiskan mereka dalam tempoh singkat 17 bulan itu.

Jadi dari sudut mana hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion yang mereka tidak pernah membayar balik satu sen prinsipal boleh dijadikan alasan kenapa korang gagal segagalnya?

Kamu gagal segagalnya sehingga digelar #KerajaanGagal tapi mahu salahkan 1MDB?


NAJIB RAZAK adalah ahli parlimen Pekan dan bekas perdana menteri Malaysia.

Tulisan ini pertama kali disiarkan di media sosialnya. Ia merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS