Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
34 pelajar, pensyarah kolej di Kuala Pilah positif Covid-19
Diterbitkan:  Dec 3, 2021 5:06 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Sebanyak 34 kes positif Covid-19 dikesan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kuala Pilah dekat Seremban membabitkan 31 pelajar dan tiga pensyarah.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, seramai 105 warga kolej yang merupakan kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian saringan Covid-19.

Katanya, kesemua yang positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin untuk tindakan lanjut, semalam.

“Kita juga telah melaksanakan kawalan secara pentadbiran bermula semalam (Khamis) bagi mengelakkan penularan wabak, manakala seramai 523 warga kolej yang telah disaring semalam, disahkan negatif," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ini segala pergerakan keluar masuk ke kolej berkenaan tidak dibenarkan dan tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat mana-mana individu yang ingkar.

Ibu bapa pelajar turut dinasihatkan agar tidak panik dengan perkembangan tersebut, tambahnya.

Semalam, Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 181 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kini 108,958 kes.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS