Mangsa kebakaran tolak tawaran rumah pangsa
Lapan keluarga hilang tempat tinggal apabila enam buah rumah di Kampung Pandan, Kuala Lumpur musnah dalam tempat satu kebakaran, bulan lalu.
Lapan keluarga hilang tempat tinggal apabila enam buah rumah di Kampung Pandan, Kuala Lumpur musnah dalam tempat satu kebakaran, bulan lalu.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyediakan tempat perlindungan sementara di sebuah dewan pelbagai guna serta ditawarkan tempat tinggal di pangsa Desa Tun Razak.
Bagaimanapun, mereka enggan berpindah ke situ kerana keadaan rumah pangsa itu yang perlu dibaiki. Mangsa juga mengadu ia jauh dari tempat kerja mereka dan sekolah anak-anak mereka.
Dan yang lebih penting lagi ialah kawasan tersebut tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam.
Mangsa terbabit merayu supaya diberi rumah atau rumah pangsa dalam jarak yang munasabah dari rumah yang terbakar itu.
Malaysiakini.tv meninjau kawasan rumah yang terbakar itu, serta rumah pangsa yang dalam keadaan teruk. Malaysiakini juga menemui penduduk terbabit mengapa mereka enggan berpindah ke rumah pangsa yang ditawarkan itu.

