DBKL roboh baki rumah di Kg Chubadak
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak merobohkan baki rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang terletak dipinggir pusat bandaraya Kuala Lumpur semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak merobohkan baki rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang terletak dipinggir pusat bandaraya Kuala Lumpur semalam.
Krew malaysiakini.tv turut berada di sana untuk merakamkan suasana sedih yang menyelebungi penduduk terbabit apabila rumah mereka dirobohkan.
Pihak polis menahan dua penduduk wanita ketika mereka cuba menghalang jentolak, tetapi mereka dibebaskan kemudiannya.
Seorang penduduk memberitahu malaysiakini.tv bahawa mereka tidak membantah pembangunan dijalankan.
"Kami sedia berpindah. Tuntutan kami tidak banyak. Apa yang kami minta adalah rumah alternatif yang elok dan selesa didiami," katanya.
Rumah-rumah di Kampung Chubadak dirobohkan untuk melaksanakan projek pembinaan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

