Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permintaan M'sia mengenai 25 ejen, sub-ejen bawa pekerja ditolak Bangladesh

Kerajaan Bangladesh kekal dengan pendiriannya untuk menolak permintaan Malaysia supaya hanya 25 Agensi Pengambilan Pekerja Bangladesh (BRA) dan 250 sub-ejen dibenarkan menghantar pekerja mereka ke negara ini.

Permintaan Putrajaya dan maklum balas dari Dhaka direkodkan dalam surat-menyurat baru-baru ini antara Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Imran Ahmad.

Surat-surat yang dilihat oleh Malaysiakini adalah susulan perjanjian pengambilan buruh Malaysia-Bangladesh dalam tempoh lima tahun yang ditandatangani kedua-dua menteri pada 19 Dis lepas, sekali gus menarik balik pembekuan yang dikenakan sejak 1 Sept 2018 di bawah kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

“Kini penting bagi kedua-dua pihak untuk memastikan pelaksanaan pantas dan lancar bagi pengambilan pekerja Bangladesh ke Malaysia,” kata Saravanan dalam suratnya kepada Imran bertarikh 14 Jan.

Saravanan dalam suratnya menyebut perbincangan sebelum ini dengan Imran sejak Februari tahun lalu apabila Imran dikatakan bersetuju bahawa hanya 25 BRA utama dan 250 sub-ejen akan dibenarkan menghantar pekerja Bangladesh ke Malaysia.

"Selain itu, agensi pengambilan Malaysia juga akan terlibat untuk proses penggajian pekerja Bangladesh di mana tanggungjawab mereka dinyatakan dengan jelas dalam MOU sedia ada," kata Saravanan.

Imran, dalam surat jawapannya kepada Saravanan bertarikh 18 Jan, bagaimanapun menggesa Malaysia memastikan proses pemilihan BRA dilakukan secara telus dan adil, serta menolak sebarang bentuk monopoli atau sindiket.

“Saya amat menghargai hasrat Yang Berhormat untuk memastikan pelaksanaan pantas pengambilan pekerja Bangladesh ke Malaysia.

“Sehubungan itu, saya ingin mengulangi bahawa Bangladesh sentiasa memihak kepada migrasi yang telus, adil dan selamat [...],” kata Imran yang sebelum ini berkata kementeriannya berhasrat menghapuskan sindiket yang sebelum ini dikaitkan dengan peningkatan kos dan pelbagai penyelewengan.

Imran ketika itu menjawab kebimbangan yang dibangkitkan Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira) yang meminta peluang sama rata diberikan kepada hampir 1,600 ahlinya untuk dibenarkan menghantar pekerja ke Malaysia.

Imran berkata pendirian Bangladesh - seperti yang dinyatakan dalam lampiran MOU - adalah selaras dengan piagam Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Akta Persaingan Bangladesh 2012 untuk memastikan peluang terbuka kepada semua BRA berlesen yang sah.

“Menurut peruntukan ini (dalam MOU), kerajaan Malaysia hendaklah memilih BRA secara automatik melalui sistem dalam talian daripada senarai yang disediakan oleh kerajaan Bangladesh, dan kerajaan Malaysia hendaklah memastikan ketelusan dan keadilan dalam pemilihan dan pengagihan kuota.

"Pihak Bangladesh mengulangi pendiriannya untuk mematuhi peruntukan ini," kata Imran, menyuarakan sentimen pihak berkepentingan Bangladesh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS