Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Muhyiddin tak tanding PRN Johor bagi tumpu usaha tamatkan dominasi BN'
Diterbitkan:  Jan 26, 2022 9:19 PM
Dikemaskini: 1:19 PM

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan mempunyai lebih banyak masa untuk mengutamakan pengukuhan jentera parti bagi menewaskan BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor apabila dia tidak perlu fokus menjadi calon.

Ini adalah penjelasan Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri selepas presiden partinya tidak berhasrat mempertahankan kerusi Gambir pada PRN akan datang.

"Tanpa terikat sebagai calon, mantan perdana menteri ke-8 itu boleh memberi fokus sepenuhnya tugas pengurusan dan operasi jentera PN di seluruh Johor.

"Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan Umno yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang," kata Solihan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, keputusan ini tidak akan menghalang mahupun memberi kesan negatif kepada Bersatu dalam PRN Johor.

Sebaliknya, kata Solihan, Muhyiddin, sebagai ahli politik veteran serta ketua parti yang bertanggungjawab pada PRN itu, akan dapat membawa kemenangan kepada calon mereka yang lain.

Mengenai siapa yang akan diletakkan Bersatu di kerusi Gambir, Solihan berkata Muhyiddin telah meminta bahagian Ledang Bersatu mengemukakan senarai calon berpotensi kepadanya.

Muhyiddin sebelum ini berkata dia tidak bercadang untuk mempertahankan kawasan DUN Gambir dalam PRN Johor.

Muhyiddin, yang merupakan pengerusi Perikatan Nasional, juga Ahli Parlimen Pagoh.

Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada 22 Jan, memberi laluan kepada pilihan raya baru diadakan dalam tempoh 60 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 9 Feb untuk memutuskan tarikh penting bagi pilihan raya termasuk tarikh pengundian.

Lihat Komen
ADS