Majlis pelancaran buku Zunar Jumaat lalu dihadiri oleh 200 tetamu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Buku bertajuk 'Cartoons on Tun and Others' adalah buku keempatnya yang merupakan kompilasi hasil karyanya sejak beberapa tahun yang lalu.

Zunar memulakan kariernya pada 1986 apabila dia menyertai majalah Gila-Gila sebagai pelukis kartun.

Pada 1990, beliau menyertai Berita Harian sebagai pelukis kartun politik, tetapi tapisan yang ketat telah menyebabkan beliau meninggalkan akhbar tersebut.

Mereka muncul semula pada 1998 apabila pemecatan Anwar yang kemudiannya didakwa dan dijatuhkan penjara, telah mendorongnya berkarya melalui lukisan kartunnya mengenai senario politik semasa.

Klip video majlis pelancarannya.