Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
UUM larang pelajar keluar kenyataan, hadir aktiviti berkait kematian Vinosy
Diterbitkan:  May 27, 2022 9:17 PM
Dikemaskini: 1:17 PM

Universiti Utara Malaysia mengeluarkan peringatan agar pelajar tidak bercakap secara terbuka, menganjurkan atau menghadiri sebarang acara yang berkaitan dengan kematian S Vinosy.

Pihak universiti berkata tindakan tatatertib akan diambil terhadap mana-mana pelajar yang melanggar larangan tersebut.

"UUM berharap agar semua pelajar kekal tenang dan mengingatkan agar pelajar tidak terlibat dalam apa-apa

aktiviti atau penganjuran aktiviti seperti forum atau dialog atau membuat apa-apa penyataan, spekulasi, andaian atau pendapat berkaitan kes ini," kata notis yang dikeluarkan pejabat Naib Canselor UUM(hal ehwal pelajar) malam ini.

Notis itu dikeluarkan sebelum forum dan acara nyalaan lilin yang dianjurkan oleh pelajar untuk Vinosy.

Vinosy, 20, meninggal dunia di bilik asramanya di kampus Sintok UUM, Kedah Sabtu lalu.

Pelajar perakaunan itu disyaki mengalami renjatan elektrik sehingga maut, sesuatu yang didakwa keluarga itu disokong oleh kecederaan pada badannya dan hasil bedah siasat.

UUM didakwa tidak telus berhubung keadaan kematiannya.

Universiti itu menegaskan dalam notis itu bahawa perkara itu masih dalam siasatan polis.

Lihat Komen
ADS