Penulis: Pengharaman sama seperti menafikan sejarah
Penulis buku mengenai pergaduhan Kampung Medan pada 2001, K Arumugam, mempersoalkan mengapa pihak berkuasa mengharam bukunya itu, sedangkan maklumat mengenainya sudah menjadi pengetahuan umum.
Penulis buku mengenai pergaduhan Kampung Medan pada 2001, K Arumugam, mempersoalkan mengapa pihak berkuasa mengharam bukunya itu, sedangkan maklumat mengenainya sudah menjadi pengetahuan umum.
Buku tulisannya itu 'March 8' adalah antara 18 penerbitan yang diharamkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN).
Tulisannya itu adalah mengenai pergaduhan di Kampung Medan yang terceetus antara 8-23 Mac yang mengakibatkan enam orang terbunuh dan lebih 90 lagi tercedera telahpun disiarkan oleh pihak lain.
Ia juga mengandungi penyelidikan mengenai keterangan saksi-saksi pergaduhan tersebut yang dijalan oleh Universiti Malaya dan boleh didapati secara percuma di perpustakaan universiti tersebut, kata Arumugam.
"Saya menulis insiden tersebut supaya menjadi iktibar kepada generasi masa depan supaya pergaduhan seumpama itu tidak berulang lagi," kata Arumugam, seorang peguam, ketika diwawacara hari ini.
"Meng haramkan buku itu samalah seperti cuba menafikan rakyat hak mencatatkan dan mengetahui sejarah mereka sendiri," tambah Arumugam yang pernah tinggal di Kampung Medan selama lebih 10 tahun.
Katanya, satu-satu cara untuk kerajaan memberi respon kepada fakta dan persoalan yang dibangkitkan dalam bukunya itu ialah dengan menafi atau menjawabnya, dan bukannya dengan mengharamkan buku tulisannya.
Beliau juga berkata, beliau sedang menimbang untuk mencabar tindakan pengharaman itu melalui perundangan. Berita asal

