Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berhak mengambil tindakan ke atas orang ramai termasuk blogger jika mereka melanggar undang-undang.

Katanya, blogger tidak boleh melanggar undang-undang kerana ia akan menimbulkan suasana tidak elok dalam negara.

Dr Mahathir demikian ketika diminta mengulas mengenai saman akhbar The New Straits Times (NSTP) terhadap dua blogger Ahirudin Attan dan Jeff Ooi.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya mengenai persidangan antarabangsa 'Expose War Crime - Criminalise War' yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur mulai Isnin hingga Rabu depan.

Ketika diminta mengulas mengenai pembelian empat kapal terbang baru, dalam nada menyindir, Dr Mahathir berkata, kerajaan sepatutnya membeli pesawat lebih besar Airbus747-A380.

"Kapal terbang ini hanya RM200 juta, tetapi kerajaan sangat berhati-hati berbelanja kerana tidak ada wang.

Batu Talam

"Ia bukan milik kerajaan, ia milik seseorang tetapi orang itu milik kerajaan seratus peratus," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata kapal terbang tersebut disewa dari Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang merupakan anak syarikat Khasional Nasional.

Beliau berkata, kapal terbang itu bukan untuk kegunaan Perdana Menteri sahaja tetapi untuk Yang Dipertuan Agong dan kerajaan.

Dr Mahathir yang juga penasihat kepada Proton turut mengulas mengenai langkah Proton untuk tidak menjalin kerjasama dengan Volkswagen seperti yang dicadangkannya.

"Itu memang cadangan saya tetapi masa telah berubah dan kerajaan perlu mengikut kehendak rakyat," katanya.

Mengenai pilihanraya kecil Batu Talam, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak mahu mengulas kerana Abdullah dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat Batu Talam menyokong kerajaan.