Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM4.40 seliter daripada RM4.50 sementara RON95 dan diesel kekal tidak berubah bermula esok sehingga 17 Ogos ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, RON95 dan diesel masing-masing akan kekal pada harga RM2.05 seliter dan dan RM2.15 seliter biarpun harga pasaran sebenar kedua-dua bahan api itu telah meningkat melebihi paras harga siling semasa.

Menurut kementerian, harga baru itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS