Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP ingatkan Zahid, jangan bisik di telinga PM, bentang di Parlimen
Diterbitkan:  Aug 17, 2022 4:48 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching membidas Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi kerana menjadikan isu kewarganegaraan untuk anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu Malaysia sebagai manifesto pilihan raya.

Lebih teruk, katanya, adalah ikrar Ahmad Zahid pada konvensyen BN hujung minggu lalu bahawa dia akan "membisikan' perkara itu ke telinga PM, kerana BN prihatin dengan isu berkenaan.

“Sebagai presiden Umno, jika Ahmad Zahid dan Umno serius dengan reformasi, Ahmad Zahid tidak perlu berbisik kepada perdana menteri yang juga naib presiden Umno, seolah-olah ia adalah rahsia.

"Sekiranya Ahmad Zahid menghormati nasib ibu di negara ini, dia boleh campur tangan secara terang-terangan apabila kerajaan menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada ibu-ibu itu," kata Teo, yang juga adalah setiausaha publisiti DAP.

Dia menambah sikap Ahmad Zahid menjadikan Umno seolah-olah bukan sebahagian daripada kerajaan, dan juga tidak mempunyai 11 menteri dalam kabinet.

Tindakan menjadikan isu itu sebagai senjata politik adalah satu penghinaan kepada ibu-ibu yang telah bertahun-tahun memperjuangkan keadilan untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara, yang berbapakan warga asing.

"Dia kata dia peduli, tetapi mana dia semasa kita melalui semua cabaran ini?"

Daripada membuat janji politik, Teo berkata, Ahmad Zahid harus menunjukkan kesungguhan dengan menggesa sidang parlimen khas untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ibu memberi kerakyatan kepada anak mereka.

Perkara 14(1)(b) Perlembagaan mesti dipinda untuk memasukkan perkataan "ibu" atau untuk perkataan "bapa" ditukar kepada "ibu bapa".

Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan, tanpa pindaan itu, kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia tetapi berbapakan warga asing tidak boleh mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik,

Kes itu dibawa terhadap oleh enam ibu warga Malaysia pada Disember 2020, dengan sokongan daripada persatuan yang dikenali sebagai Family Frontiers.

Malaysia adalah antara satu daripada 24 negara yang tidak memberikan hak sama rata kepada ibu dan bapa di bawah undang-undang kewarganegaraan negara.

Bapa warganegara Malaysia yang mempunyai pasangan asing boleh memberikan kewarganegaraan kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara secara automatik, tanpa mengira kewarganegaraan ibu.

Pada 5 Ogos, hari yang sama Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan ibu Malaysia memberikan kewarganegaraan, Liberia meminda undang-undangnya untuk membenarkan ibu di negeri itu hak untuk menurunkan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS