Jumlah jangkitan Covid-19 di negara ini setakat semalam bertambah menjadi 4,757,752 dengan adanya pertambahan baru sebanyak 2,464 kes baru yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumlah kes aktif yang direkodkan pula ialah 38,918, iaitu penurunan 11.2 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Berikut merupakan pecahan jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 748
Kuala Lumpur: 505
Sabah: 225
Perak: 195
Negeri Sembilan: 167
Johor: 101
Pulau Pinang: 91
Melaka: 85
Kedah: 70
Pahang: 66
Sarawak: 62
Putrajaya: 50
Kelantan: 45
Terengganu: 43
Perlis: 9
WP Labuan: 2

Sementara itu sembilan lagi kematian baru dilaporkan kepada KKM semalam dengan Kedah dan Johor masing-masing mencatat tiga korban, manakala selebihnya di Pahang, Sabah dan Selangor.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,145 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Dalam perkembangan sama sebanyak 1,409 pesakit Covid-19 masih menerima rawatan di hospital dengan 69 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.