Kenyataan penuh Istana Negara - Anwar sebagai PM10
Diterbitkan: Nov 24, 2022 1:49 PM | Dikemas kini: Nov 24, 2022 2:42 PM
Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi, berkenan melantik Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.
"Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan," demikian menurut kenyataan Istana Negara.

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/a5974640f3ac2572474729f4965d5442.jpg)
