Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 1,315 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Berdasarkan data dikeluarkan KKM, kes aktif kini berjumlah 19,177, turun 29.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (420)

Sarawak (126)

Pulau Pinang (103)

Kuala Lumpur (102)

Melaka (100)

Kedah (87)

Negeri Sembilan (85)

Sabah (77)

Perak (67)

Pahang (42)

Putrajaya (31)

Johor (25)

Terengganu (22)

Kelantan (15)

Labuan (9)

Perlis (4)

Sebanyak lima lagi kematian dilaporkan semalam, di mana satu kematian berlaku di luar hospital atau 'brought in dead' (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 6 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 7 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,753 kematian telah direkodkan.

Sebanyak 60 kematian dilaporkan pada bulan ini berbanding 209 kematian pada November dan 101 kematian pada bulan sebelumnya.

Sementara itu seramai 1,244 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 73 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Penggunaan katil hospital oleh pesakit Covid-19 telah menurun selama 16 hari secara berterusan.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hosital semalam dicatatkan di Selangor (67) diikuti Sabah (60) dan Kedah (39).