Wan Saiful tak gentar, dakwa dirinya mangsa pendakwaan terpilih
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menyatakan rasa kesal berhubung dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta yang dikaitkan dengannya, hari ini.
Dia yang juga adalah ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata pertuduhan yang dikenakan kepadanya itu tidak sepatutnya berlaku.
“Alhamdulillah, proses (pendakwaan) hari ini selesai. Saya (bersyukur) ada satu
“Saya tadi telah mengaku tak bersalah dan minta bicarakan dan saya yakin proses mahkamah dapat buktikan tiada kesalahan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas selesai membayar wang jaminan di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Wan Saiful, 48 dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan rasuah yang dikatakan ada kaitan dengan projek Jana Wibawa semasa pentadbiran PN sebelum ini.
Turut diheret ke mahkamah hari ini adalah Adam Radlan Adam Muhammad yang juga adalah timbalan ketua bahagian Bersatu Segambut.
Bagaimanapun, kedua-dua pimpinan parti itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata bahawa dia kesal dengan tindakan kerajaan melakukan pendakwaan terpilih yang bertujuan mengalih perhatian terhadap kegagalan kerajaan perpaduan.
“Saya agak kesal keadaan sekarang di mana (kerajaan) sepatutnya fokus kepada kebajikan rakyat pada kos sara hidup, keperluan asas yang naik melambung, tuntutan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar yang disuarakan dibanyak peringkat.

“Tetapi, apa berlaku (kerajaan) melakukan pertubuhan sebegini untuk alihkan perhatian daripada kegagalan kerajaan.
“Kegagalan keluarkan idea baru, idea penyelesaian pada masalah rakyat apabila gagal wujudkan kes yang sepatutnya tak berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, Wan Saiful berkata dia tidak akan gentar dan bersedia untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah.
“Kita akan buktikan melalui proses mahkamah dan saya yakin mahkamah kita adil.
“Saya juga akan pastikan kebebasan di mahkamah akan buktikan saya tak lakukan apa-apa kesalahan,” tegasnya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/02/4c10cb481276bbed927dc4414844e6f9.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/02/dd95062ed6dcb12c61db25586a3870ad.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/02/616b2b1e5a569cbbf8bbb97669b181a5.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/02/4d1bd423d37d39c739f22f8f162acae7.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/02/ea4e0b52741fa54756cca3d43f7003dd.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/08/252c7389a0892ca8545d6a145143eb55.jpg)