Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelaburan AWS: Azmin dakwa kerajaan berbohong
Diterbitkan:  Mar 12, 2023 9:51 AM
Dikemaskini: 1:51 AM

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Azmin Ali menuduh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berbohong mengenai keputusan Amazon Web Services (AWS) untuk melabur di Malaysia.

Menurut Azmin ketika dia bertemu dengan wakil AWS mereka tidak pernah bertanya pun bila kerajaan Madani diilhamkan Anwar itu akan ditubuhkan.

"Namun golongan munafik politik ini sanggup berbohong,” kata Azmin semasa menyampaikan ucapan dalam program ceramah PN di bekas ibu pejabat PAS di Taman Melewar, malam tadi.

Ia diadakan ekoran Pengerusi PN Muhyiddin Yassin didakwa di mahkamah atas enam pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram baru-baru ini.

Menurut Azmin kerajaan sekarang cuba mengambil nama atas hasil kerja yang sebelum ini dilakukannya.

Tambah Azmin pelaburan AWS diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaburan Kebangsaan (NCI) pada Julai 2022 lagi - untuk 10 tahun pertama.

“Saya nak memaklumkan bahawa saya telah diarahkan oleh (bekas perdana menteri) Muhyiddin untuk pergi ke San Francisco pada Mei 2022.

“Saya telah bertemu dengan AWS dan selepas mengadakan perbincangan panjang lebar, mereka bersetuju untuk melabur di Malaysia dengan jumlah yang besar.

“NCI meluluskan pelaburan AWS pada Julai 2022 untuk 10 tahun pertama dan kemudian pada Oktober 2022, untuk lima tahun lagi menghasilkan RM25.5 bilion,” katanya.

Dia yang gagal mempertahankan kerusi parlimen Gombak dalam PRU ke-15 lalu berkata persetujuan diberi AWS untuk melabur di Malaysia adalah kerana mereka yakin dengan kepimpinan Muhyiddin.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS