PARLIMEN l Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan pengeluar syarikat kereta China, Geely di Tanjung Malim, Perak esok untuk meneliti projek pelaburan AS$10 bilion (RM45.3 bilion) dan meneroka kemungkinan memperluaskan projek automotif berteknologi tinggi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat semasa pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata perjumpaan dengan Geely juga akan sekali gus menolak khabar angin oleh pihak tertentu bahawa projek pelaburan itu telah gagal.

“Esok Geely akan bersama saya ke Tanjung Malim untuk laksanankan dan penambahan projek besar-besaran Automative High Tech Valley. Ini bagi menyangkal kebimbanagn atau dakwaan bahawa pengumuman itu tak sememstinya dilaksanakan. Dalam kes ini berlaku.

“Hasil lawatan rasmi saya ke China pada 29 hingga 31 Mac lalu telah menjana nilai potensi pelaburan sebanyak RM170.07 bilion, ini termasuk pelaburan daripada Geely,” katanya.

Anwar menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) yang meminta perdana menteri menyatakan hasil lawatan ke luar negara termasuk pelaburan, kerjasama dengan negara lain dan tahap keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.

[Baca berita penuh]