Perubahan cukai, subsidi tekan kelas menengah - Syed Saddiq
Belanjawan 2024 ini terus menekan golongan rakyat pertengahan yang merupakan majoriti rakyat Malaysia, kata Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Presiden Muda itu berkata kenaikan cukai dan perubahan dalam subsidi, seperti yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2024 oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, akan menindas kumpulan berpendapatan sederhana.
Syed Saddiq menyoal sama ada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dicadangkan dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus, sebenarnya hanyalah topeng kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
"Mengapa saya kata ini adalah GST bertopengkan SST? Kerana kerajaan sebelum ini bermati-matian tak nak GST, katakan ada defisit dalam RM8 bilion ke RM9 bilion.
"Di mana jika kerajaan laksanakan SST, kamu tidak akan dapat hasil sebanyak cukai GST.
"Kerana mereka tak nak kenakan cukai GST, mereka naikkan cukai SST yang boleh dijadikan 'topeng' kepada GST," katanya bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini,
Terdahulu, ketika membentangkan belanjawan, Anwar yang juga menteri kewangan berkata kenaikan SST tidak melibatkan industri makanan dan minuman serta telekomunikasi.
Industri yang terjejas termasuk karaoke, logistik, pembrokeran dan penajajaminan (underwriting).

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata dia keliru dengan rancangan kerajaan untuk merasionalkan subsidi.
Wan Ahmad Fayshal, yang juga ketua Pemuda Bersatu berkata kerajaan tidak memberikan sebarang maklumat mengenai pelaksanaan mekanisme itu.
"Ada kita tidak dengar apa-apa pemakluman, mekanisme untuk hal tersebut," soalnya.
BACA LANJUT: Apa yang tersedia untuk anda dalam Belanjawan 2024?
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/235bd3c360222bc09a59d463c5b1374d.jpg)
