Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengulangi bahawa tidak ada rancangan untuk menggantikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ketika ini.

"Tiada isu ketua menteri (Pulau Pinang). Saya tidak tahu ada isu.

“Tiada keputusan untuk menggantikan ketua menteri,” kata menteri pengangkutan itu selepas menghadiri majlis di Kuala Lumpur pagi tadi.

Sebelum kempen pilihan raya negeri pada Julai, spekulasi bertiup kencang bahawa terdapat usaha dalaman untuk menggantikan Chow sebagai calon DAP untuk ketua menteri.

Bagaimanapun, kepimpinan parti akhirnya menyokong Chow untuk kembali memegang jawatan.

Semasa acara Sabtu lalu, Chow menyeru agar dihentikan gerakan yang didakwa untuk menjatuhkannya.

Chow memberitahu hadirin bahawa sebelum pilihan raya negeri, terdapat pelbagai spekulasi mengenai pergerakan "倒曹" (dao cao - jatuhkan Chow).

Dia berkata ini menimbulkan kebimbangan sama ada dia akan kembali memegang jawatan, walaupun secara terbuka mengumumkan hasrat untuk berkhidmat bagi penggal kedua sebagai ketua menteri.

Bagaimanapun, pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata dia telah mengatasi cabarannya, dan berharap mereka di dalam dan di luar parti tidak lagi berusaha untuk "dao cao", sebaliknya "hui cao" (kembali menyokong Chow).