Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Universiti awam: 81 peratus bumiputera, 18 peratus bukan 
Diterbitkan:  Dec 22, 2023 1:02 PM
Dikemaskini: 5:02 AM

Sebanyak 81.9 peratus golongan bumiputera menjadi pelajar di universiti awam dan 18.1 peratus terdiri daripada golongan bukan bumiputera.

Maklumat itu didedahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi  Khaled Nordin dalam jawapan bertulis parlimen kepada pertanyaan lisan Presiden MCA Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam).

Ia dikongsi semula oleh Wee di media sosialnya semalam.

Khaled berkata data pada tahun 2022 itu diperoleh daripada sistem MyMohes kementeriannya.

MyMoheS atau Sistem Peningkatan Kualiti Data KPM merupakan sistem gudang data yang digunakan Kementerian Pendidikan dalam mengumpul data institut pengajian tinggi awam.

Ia meliputi data berkaitan staf, penyelidikan, pelajar dan maklumat institusi.

Sementara itu, Khaled juga menyenaraikan lima program tertinggi yang menjadi pilihan pelajar ijazah pertama dengan kelayakan STPM dan matrikulasi, seperti berikut:

STPM

  • Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) Dengan Kepujian,

  • Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Keusahawanan Kejuruteraan),

  • Sarjana Muda Pengurusan,

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian,

  • Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) (Perniagaan Antarabangsa).

    Matrikulasi

  • Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian,

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Dengan Kepujian,

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian,

  • Ijazah Sarjana muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian,

  • Ijazah Doktor Perubatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS