Canberra mahu gencatan senjata kekal dilaksanakan di Gaza
GLOBAL | Australia menyuarakan sokongan negara itu terhadap gencatan senjata kekal untuk konflik di Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan Menteri Luar Penny Wong.
"Pendirian kami ialah kami mahu melihat gencatan senjata yang mampan dan kami melihat gencatan senjata kemanusiaan antarabangsa, gencatan senjata kemanusiaan segera, sebagai langkah ke arah itu," kata Wong sebelum berlepas ke Israel dan Jordan, Tebing Barat dan Emiriah Arab Bersatu hari ini.
Bagaimanapun, dia menegaskan gencatan senjata itu tidak boleh memihak kepada hanya satu pihak, dan perlu dilaksanakan tanpa syarat.
Wong juga menggesa kepada akses selamat, tanpa halangan dan kekal untuk bantuan kemanusiaan dan perlindungan yang lebih baik untuk orang awam di Semenanjung Gaza.
Dua juga mahu menggunakan lawatannya ke rantau berkenaan untuk berkempen bagi penyelesaian konflik semasa dan keamanan berkekalan dalam bentuk penyelesaian dua negara.
- Bernama/dpa
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/05/a65dd70b85f171dff617520983262496.jpg)
