Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan persekutuan ambil alih projek LRT laluan Mutiara P Pinang
Diterbitkan:  Mar 29, 2024 5:07 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke berkata keputusan itu dicapai susulan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan cadangan pembangunan projek berkenaan minggu lepas (22 Mac).

“Secara rasminya, kerajaan telah memutuskan untuk melantik MRT Corp iaitu syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) sebagai pemaju dan pemilik aset.

“Pelaksanaan projek ini akan dibuat secara tender terbuka manakala perolehan akan terbahagi kepada tiga komponen utama,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata tiga komponen berkenaan ialah kontrak untuk kerja-kerja pembinaan sivil bagi Segmen 1 iaitu jajaran Pulau Silikon ke Komtar; kontrak untuk pembinaan sivil bagi Segmen 2 iaitu jajaran dari Komtar ke Penang Sentral serta kontrak ‘turnkey’ kerja-kerja sistem dan stokereta secara bina-selenggara-pindah (BMT).

- Bernama

Lihat Komen
ADS