Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan Madani hargai peranan pekerja bangunkan negara - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terus menghargai serta mengiktiraf setiap peranan dimainkan pekerja dalam menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

Beliau berkata Malaysia meraikan Hari Pekerja hari ini bukan sebagai agenda pesta tahunan tetapi untuk mengiktiraf setiap peranan pekerja bermula daripada peringkat rendah hingga ke pihak pengurusan.

“Saya harap Hari Pekerja pada tahun ini akan memberikan rangsangan supaya pengiktirafan itu dari segi ganjaran, rasa hormat dan rasa ihsan kepada pekerja itu dapat kita tingkatkan,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau mewakili Kerajaan MADANI turut mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerja kuat yang ditunjukkan pekerja selama ini.

Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan dengan tema 'Pekerja Kesuma Bangsa' diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.


Bernama

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

https://mk.my/wa_mkinibm


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS