Kamala Harris cukup sokongan jadi calon presiden Demokrat
Diterbitkan: Jul 23, 2024 2:15 PM | Dikemas kini: Jul 23, 2024 2:25 PM
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memperoleh sokongan yang mencukupi bagi memenangi pencalonan presiden Demokrat, lapor media tempatan pada Isnin.
Selepas Presiden Joe Biden pada Ahad mengumumkan untuk tidak bertanding semula pada 5 Nov dan menyatakan sokongan beliau terhadap Harris sebagai calon Parti Demokrat, beliau secara rasmi melancarkan kempen presidennya.
Lebih 2,200 perwakilan dari lebih 30 negeri telah mengesahkan sokongan mereka kepada Harris sebagai calon, menurut laporan.
Konvensyen Nasional Demokrat dijadualkan berlangsung di Chicago dari 19-22 Ogos.
- Bernama-Anadolu
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/07/70c19436ed3de45c110963721805c7e4.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.