Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan jamin kerjasama pertahan DUN Mahkota
Diterbitkan:  Sep 1, 2024 2:22 PM
Dikemaskini: 6:22 AM

Semua parti komponen Kerajaan Perpaduan telah menyatakan komitmen dan sokongan penuh dalam membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Naib Presiden UMNO dan koordinator BN untuk PRK itu, Mohamed Khaled Nordin berkata ia sekali gus memberikan dorongan tambahan kepada BN dalam mempertahankan kerusi DUN berkenaan.

“Kita koordinasi dengan baik (dan) kita telah dapat jaminan kerjasama daripada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan My Villa di Dewan Felda Air Tawar 3 di Kota Tinggi, Johor, hari ini.

PRK DUN Mahkota akan diadakan pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sept ini.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang meninggal dunia pada 2 Ogos lepas, menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS