Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksana separuh kedua 2025
Diterbitkan:  May 26, 2025 3:33 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) akan meneruskan proses pelaksanaan rasionalisasi RON95, namun pada ketika ini fokus tertumpu kepada perbincangan bagi memastikan golongan yang akan menerima sokongan subsidi dikenal pasti dengan tepat.

“MoF akan terus dalam proses untuk pelaksanaan rationalisasi subsidi, tetapi buat masa sekarang, yang pentingnya kita harus memastikan tahap mereka yang akan mendapat sokongan subsidi.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kabinet berbincang mengenai pengecualian rakyat Malaysia yang mana akan layak untuk dapat subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2025 Institut Akauntan Malaysia (MIA) di Kuala Lumpur hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS