Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mayat reput: Dua beranak dipercayai telah mati lebih seminggu

Polis mengesahkan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di George Town, Pulau Pinang Isnin lepas, telah meninggal dunia lebih seminggu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Mohd Alwi Zainal Abidin berkata ia berdasarkan laporan bedah siasat ke atas dua beranak itu semalam.

“Doktor juga tidak dapat memastikan punca kematian kerana keadaan mayat sudah reput,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita berusia 40 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun di pangsapuri itu, susulan aduan bau busuk daripada orang awam. 

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau luka ditemukan pada badan dua beranak itu, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS