Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tujuh negara akan kena tindakan perdagangan, kata Trump
Diterbitkan:  Jul 9, 2025 10:18 AM
Dikemaskini: 2:25 AM

Amerika Syarikat Donald Trump berkata pentadbirannya akan mengumumkan tindakan perdagangan melibatkan sekurang-kurangnya tujuh negara pada awal pagi Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami akan mengumumkan sekurang-kurangnya tujuh negara yang terjejas berkaitan perdagangan, esok pagi, dengan beberapa lagi negara akan diumumkan pada sebelah petang,” katanya pada Selasa menerusi platform Truth Social miliknya.

“Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!” tambahnya.

Trump bagaimanapun tidak menjelaskan negara mana yang akan terjejas dengan tindakan itu.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS