Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno belum bagi calon jawatan pemegang amanah YWP - Dr Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan Johari Abdul Ghani masih belum mengemukakan calon untuk dilantik ke dalam lembaga pemegang amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Katanya buat masa ini menjadi keutamaannya untuk memastikan kerja-kerja YWP berjalan seperti biasa.

“Masih tengah menunggu (daripada Umno) dan saya secepat mungkin walaupun tanpa nama itu buat masa ini kita masih lagi melaksanakan kerja-kerja YWP seperti biasa.

"Apabila sampai shj nama itu pada saya kita akan terus buat lantikan (ke lembaga pemegang amanah YWP),” katanya pada sidang media malam tadi selepas menghadiri satu acara di Connexion Conference and Event Centre di Kerinchi, Kuala Lumpur.

Menurutnya, calon yang dikemukakan mestilah mampu memberi komitmen sepenuhnya kepada yayasan tersebut.

Pada 17 Sept lalu, Zaliha dipetik FMT berkata dia telah meminta Umno mengemukakan calon selepas seorang pemimpin akar umbi meletakkan jawatan daripada lembaga YWP.

Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim meletak jawatan selepas bahagiannya memutuskan hubungan dengan PH Wilayah Persekutuan susulan dakwaan layanan tidak adil.

Gulam Muszaffar mendakwa PH gagal menunaikan janji untuk memberikan satu dari enam zon kecil majlis perwakilan penduduk di Batu kepada Umno.

Dia juga mendakwa Zaliha telah membatalkan mesyuarat untuk membincangkan isu tersebut.

Bagaimanapun, Zaliha menafikan tuduhan itu dengan menjelaskan mesyuarat berkenaan tidak dibatalkan, sebaliknya dijadualkan semula kerana dia sudah mempunyai komitmen lain.

Zaliha turut menyatakan rasa hormatnya terhadap keputusan Gulam Muszaffar untuk berundur.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS