Nazri pertikai pelantikan anggota Majlis Peguam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini melahirkan keraguan beliau tentang pelantikan penyandang jawatan dalam Majlis Peguam dan mendakwa pelantikan mereka boleh dipertikaikan.
"Isu demokrasi dalaman mereka sendiri pun tak mampu mereka selesaikan, kini mereka cuba pula untuk campurtangan dalam halehwal negara.
"Saya menggesa Majlis Peguam supaya mendaftarkan diri sebagai parti politik dan bertanding menentang kerajaan pada pilihanraya umum, sekiranya mereka tidak mahu dan tidak berpuas hati dengan sistem ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hari Kesedaran Bencana di Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas kritikan pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan tentang penangkapan sembilan orang, termasuk empat peguam yang menyertai perarakan yang dikenali sebagai `People's Freedom Walk' semalam, beliau berkata hanya mahkamah yang mempunyai tanggungjawab untuk membuat tafsiran mengenai undang-undang.

Empat peguam berkenaan ditahan kerana tidak mematuhi arahan polis supaya bersurai ketika menyertai perarakan berkenaan, yang telah dibatalkan oleh Majlis Peguam, demkian menurut laporan Bernama.
Nazri juga menyatakan penghargaannya terhadap kerajaan India kerana mengambil pendirian tidak menyokong kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf).
Mengenai dakwaan Hindraf bahawa musuh mereka adalah Umno dan bukan orang Melayu, Nazri berkata: "Saya tak fikir orang Melayu akan terpedaya dengan kenyataan itu.
"Kita tahu Hindraf tidak mewakili masyarakat India di Malaysia. Malah, mereka tidakpun didaftarkan sebagai parti politik, tetapi hanya golongan pengecut yang cuba mempergunakan masyarakat India," katanya.