Penasihat undang-undang Hindraf (Hindu Rights Action Force) P Uthayakumar ditangkap semula di lobi mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta sejurus selepas beliau membayar ikatjamin bagi tuduhan menghasut yang difail terhadapnya, awal hari ini.

Peguam M Manoharan memberitahu Malaysiakini b ahawa Uthayakumar telah dibawa ke ibupejabat balai polis Cheras (IPK Cheras).

“Pegawai polis berkata mereka manangkap semula Uthayakumar atas arahan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan).

“Ia mungkin untuk menghadapi satu lagi tuduhan menghasut,” katanya.

Pagi ini, Uthayakumar ditahan dan terus didakwa atas tuduhan menghasurt di Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

Beliau dituduh menyiarkan bahan yang berunsur hasutan yang ditulis antara 15 November dan 8 Disember sertai disiarkan dalam lamanweb Police Watch.

Surat kepada Gordon Brown

Surat bertarikh 15 November 2007 itu adalah dari Hindraf dan dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown di United Kingdom di No. 10, Downing Street, London.

Uthayakumar didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara maksimum tidak melebihi tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Uthayakumar minta dibicarakan dan Hakim Mahkamah Sesyen, Sabariah Othman dibenarkan ikatjami RM50,000 dengan seorang penjamin. Ia dibayar oleh seorang saudara Uthayakumar.

Beliau juga menghadapi satu lagi tuduhan menghasut di Klang kerana membuat ucapan di perhimpunan Hindraf di Batang Berjuntai pada 16 November lalu. Berita asal