Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Budak empat tahun tunggang basikal maut dilanggar MPV
Diterbitkan:  Oct 28, 2025 11:36 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Seorang kanak-kanak lelaki empat tahun maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan ketika berbasikal berhampiran surau di Perumahan Rakyat Pak Mahat, di Kuantan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli meninggal dunia pada 2.24 pagi tadi, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 6.30 petang ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki berusia 32 tahun dari kawasan perumahan itu menuju ke jalan Tanjung Lumpur.

“Semasa membelok ke kiri, pemandu berkenaan dipercayai melanggar mangsa yang menunggang basikal di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS