Lim: Mengapa Samy mesti merayu pada PM?
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang meramalkan bahawa pengundi kaum India - yang selama ini sentiasa menyokong Barisan Nasional (BN) - mungkin bertukar haluan dalam pilihanraya pilihanraya umum yang akan datang.
Menurutnya lagi, pilihanraya umum akan diadakan pada bulan Mac tahun depan. Bagaimanapun, Perdana Menteri mempunyai masa sehingga Apirl 2009 untuk mengadakan pilihanraya umum akan datang.
Dalam dalam satu forum di Ipoh semalam, Lim berkata, pilihanraya umum akan datang berbeza kerana telah timbul "kesedaran politik di kalangan rakyat Malaysia daripada keturunan India".
“Mereka merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya," katanya
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang meramalkan bahawa pengundi kaum India - yang selama ini sentiasa menyokong Barisan Nasional (BN) - mungkin bertukar haluan dalam pilihanraya pilihanraya umum yang akan datang.
Menurutnya lagi, pilihanraya umum akan diadakan pada bulan Mac tahun depan. Bagaimanapun, Perdana Menteri mempunyai masa sehingga Apirl 2009 untuk mengadakan pilihanraya umum akan datang.
Dalam dalam satu forum di Ipoh semalam, Lim berkata, pilihanraya umum akan datang berbeza kerana telah timbul "kesedaran politik di kalangan rakyat Malaysia daripada keturunan India".
“Mereka merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya," katanya.
Beliau menambah, walaupun tidak terdapat satupun kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang majoriti pengundinya dari kalangan kaum India, namun mereka mewakili lebih 10 peratus pengundi dalam 62 kawasan parlimen dan 138 DUN.
Lim berkata, di 28 Parlimen dan 78 kerusi DUN di Semenanjung Malaysia di mana pengundi kaum India merupakan lebih 15 peratus daripada jumlah pengundi, mereka menjadi kata putus calon yang akan menang atau kalah di kawasan terbabit.
Lim juga mensasarkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, yang menurutnya, telah mengesahkan bahawa kerajaan telah menolak sungutan sah masyarakat tersebut, dalam satu temubual di RTM. Sebaliknya, Samy bercakap mengenai pembangunan dan kejayaan masyarakat India.
Jawapan Samy dalam temubual tersebut, dakwa Lim, menunjukkan bahawa beliau sudah hilang sentuhan dengan masyarakat India.
Menurutnya, Samy telah menyalahkan 'sistem penyampaian yang tidak berkesan' dalam menolak rungutan yang sah masyarakat India berkaitan dengan peminggiran mereka dalam bidang politik, pendidikan, sosial, kebudayaan dan agama.
"Samy Vellu tidak boleh lari daripada hakikat bahawa beliau telah menjadi Presiden MIC dan menteri tunggal kaum India dalam kabinet sejak 28 tahun lalu," katanya.
Dalam temubual tersebut, Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya, dipetik sebagai berkata, beliau telah meminta Abdullah supaya 'memberi lebih sedikit kepada kaum India".
Dalam isu tersebut, Lim bertanya: "Mengapa beliau harus meminta...seolah-oleh (beliau) mesti merayu bagi pihak kaum India, sedangkan (kaum India) berhak meminta apa yang menjadi hak mereka?".
Kawasan Parlimen Samy Vellu - Sungai Siput - adalah antara kawasan yang mempunyai 22.45 peratus pengundi India. Berita asal

