Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Luruan monsun dijangka berlaku 25 hingga 29 Dis ini - MetMalaysia

Luruan monsun dijangka berlaku pada 25 hingga 29 Dis ini yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis terhadap model-model cuaca terkini juga menunjukkan angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di Laut China Selatan.

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia, hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS