Mahkamah Persekutuan putuskan pelantikan Dr Badariah sah
Majlis Peguam Malaysia gagal untuk mendapatkan pengisytiharan dari Mahkamah Persekutuan bahawa pelantikan pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Dr Badariah Sahamid sebagai pesuruhjaya kehakiman sebagai batal dan tidak sah.
Sebaliknya, dalam penghakimannya hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pelantikan Dr Badariah sebagai pesuruhjaya kehakiman adalah sah.
Majlis Peguam Malaysia gagal untuk mendapatkan pengisytiharan dari Mahkamah Persekutuan bahawa pelantikan pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Dr Badariah Sahamid sebagai pesuruhjaya kehakiman adalah batal dan tidak sah.
Sebaliknya, dalam penghakimannya hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pelantikan Dr Badariah sebagai pesuruhjaya kehakiman adalah sah.
Dalam samannya itu, Majlis Peguam mahu pelantikan Dr Badariah diisytiharkan batal dan tidak sah kerana mendakwa pelantikan itu melanggar Artikel 112AB dan 123 Perlembagaan Persekutuan.
Artikel-artikel tersebut, kata majlis tersebut, mensyaratkan seseorang itu perlu berkhidmat sebagai peguam selama 10 tahun sebelum boleh dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman.
Bagaimanapun, kata majlis tersebut, Dr Badariah tidak pernah berkhidmat sebagai peguam.
Dr Badariah, 52, memilik ijazah sarjana undang-undang dari Universiti London dan PhD dari Universiti Malaya.
Beliau menjadi pensyarah undang-undang di UM pada tahun 1992 dan dilantik sebagai profesor pada tahun 1996.
Keputusan majoriti 3-2
Dr Badariah dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 1 Mac 2007.
Sementera itu Bernama melaporkan, keputusan majoriti 3-2 itu dibuat oleh Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman; Datuk Hashim Yusoff; dan Datuk Azmel Maamor, manakala Ketua Hakim Negara Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan menentang.
Kesemua lima penghakiman itu dibaca oleh tiga timbalan pendaftar mahkamah.
Dalam menolak saman oleh Badan Peguam Malaysia itu, Hakim Hashim berpendapat selaku pensyarah undang-undang di Universiti Malaya, Dr Badariah mempunyai pengalaman undang-undang luas dan mahkamah tidak punya sebab sahih untuk menyekat beliau daripada dilantik sebagai JC.
Hakim Azmel berkata Dr Badariah seorang yang layak dilantik sebagai JC.
Hakim Nik Hashim berkata Dr Badariah mempunyai kelayakan minimum dalam perkhidmatan kehakiman oleh kerana beliau adalah seorang pensyarah undang-undang dan mengajar undang-undang kepada pelajar Universiti Malaya.
Hakim Abdul Hamid, dalam keputusan menentang, berkata Dr Badariah dilantik sebagai JC pada 1 Mac 2007, dikehendaki menjadi peguam pengamal selama 10 tahun sebelum boleh dilantik sebagai JC dan ini dipersetujui Hakim Zulkefli.

