Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengambil tindakan disiplin dan undang-undang berdasarkan hasil siasatan penuh mengikut prinsip “due process” susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026.
UKM dalam kenyataan memaklumkan pihak universiti sedang melaksanakan proses semakan rapi demi melakukan pembaharuan dan memperkukuh sistem sedia ada.
“UKM juga telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan dalaman yang menyeluruh.
“Justeru, adalah pramatang untuk kami memberikan perincian lanjut pada waktu ini bagi menghormati proses yang sedang berjalan,” menurut kenyataan itu.
Menurut LKAN 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam, UKM dikesan berdepan ketakteraturan serius dan pelanggaran tatakelola dalam kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan di universiti itu yang tidak mematuhi undang-undang serta peraturan kewangan.
- Bernama
