Kit Siang: Tubuh suruhanjaya siasat kes pembunuhan ahli politik
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat kes pembunuhan ahli-ahli politik sejak tahun 2000.
Katanya, kabinet harus memberi perhatian serius terhadap pembunuhan ahli-ahli politik dan menubuhkan suruhanjaya siasatan itu bagi untuk menentukan sama ada ianya ada kaitan dengan politik atau terdapat bukti wujudnya keganasan atau keganasan telah meresapi bidang politik.
Lim berkata, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, dalam reaksinya terhadap pembunuhan Timbalan Pengerusi MIC Johor, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Datuk Datuk S Krishnasamy Jumaat lalu, mendedahkan bahawa wakil rakyat MIC itu telah menerima ancaman bunuh, sebelum kejadian tersebut.

Lim berkata, Samy Vellu yang juga Menteri Kerjaraya, turut mengarahkan supaya keselamatan di semua bangunan MIC diperketatkan.
"Banyak persoalan yang memerlukan jawapan. Pertama, mengapa Samy Vellu, yang telah dimaklumkan mengenai ancaman bunuh terhadap Krishnasamy, tidak mengambilnya secara serius," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam dekad yang lalu, katanya, dua Adun MIC dibunuh di tempat awam, termasuk Adun Lunas di Kedah, Dr Joe Fernandez, 54, yang ditembak tiga kali oleh dua lelaki yang menaiki motosikal di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan di Bukit Mertajam ketika pulang adri kliniknya pada 5 November 2000.
'Senarai sasaran?'
"Apakah ada sebabnya mengapa dua kes wakil rakyat ditembak mati di tempat awam, kedua-duanya dari MIC?
"Ketiga, dengan mengarahkan keselamatan di semua bangunan MIC diperketatkan, apakah Samy Vellu menganggap pembunuhan Krishnasamy ada kaitan dengan kegiatan politiknya?" soal Lim lagi.
Pada hari pembunuhan Krishnasamy, kata Lim, terdapat laporan yang tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan saingan perniagaan.
"Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum berkata di Jitra semalam bahawa beliau percaya pembunuhan Krishnasamy tiada kaitan dengan politik," katanya.
Bagaimanapun, kata Lim, akbar the Star melaporkan hari ini bahawa beberapa jam selepas pembunuhan Krishnasamy, seorang lagi pemimpin kanan MIC menerima panggilan yang mengatakan bahawa beliau adalah sasaran pembunuhan berikutnya.
"Apakah terdapat senarai sasaran pembunuhan ahli-ahli politik MIC dan apakah puncanya? rakyat berhak mengetahui fakta-fakta sepenuhnya sama ada terdapat senarai sasaran pembunuhan ahli politik MIC, dan jika ada, apakah sebabnya wujud senarai tersebut," katanya.
Persidangan ahli politik
Lim berkata, perkara tersebut bukan sahaja membimbangkan ahli-ahli politik, tetapi juga rakyat Malaysia, sama ada negara ini telah diresapi masalah gangster dan keganasan, yang harus ditentang dan ditolak oleh rakyat.
"Kerana itulah saya telah menelefon Ketua Polis Johor, Datuk Hussein Ismail semalam, bertanyakan sama ada terdapat sebarang bukti atau tanda-tanda yang mengaitkan pembunuhan Krishnasamy dengan politik," katanya.
Menurut Lim, Hussein memberitahunya bahawa polis bersikap terbuka terhadap semua kemungkinan dalam menyiasat kes tersebut.
"Jika terdapat tanda-tanda penyerapan keganasan dalam arena politik, maka satu persidangan pemimpin semua parti politik perlu diadakan untuk menangani kecederungan yang tidak diingini itu di peringkat awal lagi," katanya.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, katanya, berlaku beberapa kejadian pembunuhan ahli politik seperti pembunuhan Ketua Pemuda MCA Kedah, Ching Eng Wah, 43, di Padang Serai pada Ogos tahun lalu.
"Mesyuarat kabinet Rabu ini mesti memberi perhatian yang serius terhadap kejadian pembunuhan ahli-ahli politik dan menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat kes-kes pembunuhan ahli politiksejak tahun 2000," katanya.