PAS kutuk serangan Israel ke atas rakyat Palestin
PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan melampau "regim haram" Zionis Israel yang sekali lagi melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa di Semenanjung Gaza semalam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, akibat serangan bom dan pelbagai senjata itu, 19 rakyat Palestin telah gugur syahid manakala 45 yang lain telah tercedera.
"Antara yang gugur syahid adalah Husaam al Zahar 24, anak lelaki kepada pemimpin Hamas, Dr Mahmoud al Zahar yang juga Menteri Luar kerajaan Palestin pimpinan Hamas.

"PAS mengucapkan takziah kepada Dr Mahmoud dan keluarga serta seluruh rakyat Palestin atas insiden tragis ini," katanya Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli dan penyokong PAS serta umat Islam, agar mendoakan semoga perjuangan rakyat Palestin bagi menuntut sebuah bumi Palestin yang bebas dan merdeka itu, segera diperkenankan Allah swt.
"PAS turut merakamkan kekesalan kerana serangan ganas ini dilakukan sebaik sahaja selesai kunjungan Presiden Amerika, George Bush ke Asia Barat, kononnya atas misi damai bagi menyelesaikan sengketa Arab-Israel.
"Ternyata Amerka Syarikat terus-menerus melindungi Israel walaupun terbukti tindakan ganas, biadap dan tidak berperikemanusiaan "Regim Haram" itulah sebenarnya yang menggugat kestabilan di rantau berkenaan," tegas Abdul Hadi.
PAS juga, katanya, menuntut agar Persidangan Negara Islam (OIC) mengambil sikap dan pendirian mengecam Amerika yang terang-terangan memberikan lesen kepada Israel untuk bertindak ganas ke atas umat Islam di rantau berkenaan walaupun ia jelas bertentangan dengan apa sahaja peraturan antarabangsa dan konvensyen hak asasi manusia.