Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laluan maritim terus beroperasi di Selat Hormuz
Diterbitkan:  Apr 15, 2026 9:18 AM
Dikemaskini: 1:18 AM

GLOBAL | Kapal-kapal terus bergerak melalui Selat Hormuz ketika pasukan tentera laut AS didakwa melaksanakan sekatan terhadap Iran di laluan perairan strategik itu, menurut data.

Sejak sekatan bermula pada 5.30 petang Isnin (10 malam waktu Malaysia) sebanyak 14 kapal memasuki perairan Teluk selain tujuh kapal yang keluar dari selat dalam tempoh itu.

Secara keseluruhan, 21 kapal melalui selat berkenaan manakala 13 kapal masih berada di kawasan itu setakat 1300 GMT (9 malam waktu Malaysia) semalam, menurut statistik Anadolu Ajansi daripada sumber berkaitan.

Sehingga Selasa, kira-kira 2,000 kapal terkandas di bahagian Teluk dan kira-kira 400 kapal lagi menunggu waktu untuk memasuki Teluk melalui Selat Hormuz.

Data MarineTraffic pula menunjukkan kapal yang dikenakan sekatan oleh AS turut melalui selat itu.

Pasukan Tentera Laut AS dilaporkan mewujudkan sekatan di sepanjang garisan antara Teluk Gwadar dan Ras al Hadd iaitu lokasi trafik kapal yang padat berterusan sejak operasi bermula.

TankerTrackers.com menyatakan beberapa kapal menyiarkan isyarat Sistem Pengenalan Automatik (AIS) palsu untuk menyembunyikan identiti mereka.

- Bernama/Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS