Berjaya Corporation milik jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini mengumumkan ia telah membeli 35.7 peratus saham Nexnews - syarikat yang memiliki akhbar The Sun dan akhbar mingguan kewangan The Edge .

Menurut kenyataannya kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menyatakan ahli perniagaan Tong Kooi Ong - rakan kongsi Tan dalam Nexnews - telah bersetuju untuk menjual semua sahamnya dalam syarikat tersebut pada harga RM139.2 juta.

Keputusan tersebut akan menjadi Nexnews anak syarikat Berjaya Corporation dengan pegangan 54.59 peratus, kata kenyataan tersebut.

Penjualan keseluruhan saham milik Tong itu turut menandakan berakhirnya perkongsian mereka selama lima tahun.

Pada 2003, mereka menggunakan Nexnews untuk menggabungkan dua syarikat mereka - The Edge Communications Sdn Bhd milik Tong dan Sun Media Corporation Sdn Bhd milik Tan - masing-masing penerbit akhbar The Edge dan The Sun.

Kemudiannya, Tong telah menjadi The Sun sebagai akhbar percuma, dan menambah pengedaran hariannya kepada 265,000 nashkah pada tahun 2006.

Dari jumlah tersebut, 215,000 nashkah diedarkan di Lembah Klang, menjadikan The Sun akhbar harian berbahasa Inggeris No1 di wilayah tengah.

Manakala akhbar T he Edge pula merupakan akhbar perniagaan mingguan paling berwibawa di negara ini dengan edaran kira-kira 23,000 pada Jun 2006.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, akhbar The Sun telah menjadi saingan hebat kepada dua akhbar berbahasa Inggeris utama - The Star dan New Straits Times - dari segi edaran serta pendirian editorialnya yang lebih independen dalam membuat liputan berita.

Kuasai semula

Para pemerhati percaya Tan mengambilalih Nexnews kerana pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan tidak selesa dengan laporan akhbar harian tersebut.

The Sun , yang dibiayai oleh Tan pada 1993, mencatat kerugian sehingga RM200 juta dalam tempoh 15 tahun.

Ekoran itu, Tan telah membawa Tong, yang berjaya melancarkan akhbar The Edge , untuk membantu memulihkan akhbar harian tersebut.

Tong, yang diberi kebebasan sepenuhnya oleh Tan untuk menguruskan akhbar tersebut, telah membantu memulihkan kedudukan akhbar berkenaan.

Bagaimanapun, ekoran keputusan Tan hari ini untuk menguasai semula The Sun , maka para pemerhati politik menjangka akhbar tersebut akan kembali menyiarkan berita yang menyokong kerajaan. Berita asal