Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu mengenai sebarang perjanjian antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan menghendaki Abdullah berkhidmat sebagai Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Najib.

najib tun razak 01 "Saya tahu tak pasal itu. Saya komited dalam sokongan saya kepada Perdana Menteri dan taat kepada beliau," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan seminar pegawai-pegawai masjid Felda di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Dr Mahathir sebagai berkata perjanjian lisan antara beliau dan Abdullah menghendaki Abdullah menjadi Perdana Menteri hanya untuk satu penggal sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Najib.

Perjanjian itu, menurut Dr Mahathir, dibuat pada 2003 semasa beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Abdullah tetapi beliau tidak ada cara untuk membuktikannya, demikian menurut Bernama.

Najib, yang ditanya lebih lanjut mengenai perjanjian itu, berkata: "Saya tahu tahu. Awak kena tanya pihak-pihak yang berkenaan."

Timbalan Perdana Menteri berkata tumpuan beliau pada masa ini ialah terhadap pilihanraya umum untuk menentukan Barisan Nasional mencapai kemenangan besar.