Umno Pasir Mas batalkan EGM
Diterbitkan: May 1, 2008 3:30 PM | Dikemas kini: May 1, 2008 3:32 PM
Selepas teguran presiden Umno baru-baru ini, bahagian Pasir Mas membatalkan hasratnya untuk mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM).
Naib ketua bahagian Hanafi Mamat mengesahkan pembatalan, lapor laman web The Star Online , dengan menyatakan ahli-ahli parti fikir lebih baik mendengar nasihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Isnin lalu.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bahagian itu semalam.

