Fauwaz pertahan pelantikan Ali Jumaah dalam Majlis Penasihat Pondok Malaysia
Tokoh agamawan, Ahmad Fauwaz Fadzil, berpendapat tidak ada sebarang kesalahan untuk kerajaan melantik bekas Mufti Mesir, Ali Jumaah Muhammad Abdul Wahab, menjadi sebahagian daripada anggota Majlis Penasihat Pondok Malaysia.
Menurutnya, pelantikan Ali Jumaah dibuat berdasarkan keparakannya dalam bidang turath.
Kata Ahmad Fauwaz dia sendiri yang sudah 25 tahun berpengalaman dalam dunia turath dengan belajar dan mengkajinya mendapati penguasaan ilmu agamawan Mesir itu begitu mendalam.
Justeru Ahmad Fauwaz berpendapat ilmu yang dimiliki Ali Jumaah sangat memberi manfaat kepada pembangunan turath di negara ini.
"Adapun isu politik beliau dituduh membantu kezaliman (suatu ketika dulu) itu merupakan perkara yang melibatkan politik Mesir dan perkara itu sudah berlalu dan tidak mungkin kita boleh ulang semula.
"Kita kena lebih objektif dan memahami realti ilmu dengan baik.
"Tidak ada orang yang sempurna dan ambillah yang terbaik daripada tokoh kita walaupun kita tidak bersetuju dengannnya," tambah Ahmad Fauwaz.
Dia yang juga Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan, pandangan tersebut dibuat atas kapasiti peribadi.
Semalam Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar tidak melantik seorang ulama Mesir yang menyokong tindakan tentera negara terbabit membunuh ribuan penyokong Mohamed Morsi pada 2013.
Tiada orang yang sempurna
Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Wawasan berkata, pelantikan tokoh berkenaan sebagai anggota Majlis Penasihat Pondok Malaysia akan memberikan isyarat yang tidak baik ketika kerajaan mahu memperkukuh pendidikan Islam melalui sistem pendidikan traadisional itu.
Dia membangkitkan perkara tersebut ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini
“Perdana Menteri, jangan lantik ulama itu. Jangan lantik ulama jahat itu. Jangan lantik ulama zalim itu kerana itu (menghantar) signal yang tidak baik kalau kita benar-benar ingin meningkatkan pendidikan Islam bagi anak-anak kita,” katanya yang juga bekas menteri luar.
Saifuddin tidak menamakan ulama yang disentuhnya dalam ucapan tersebut, namun dipercayai merujuk Ali Jumaah yang memang menyokong Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Mohamed Morsi.
Abdel Fattah merupakan bekas jeneral tentera Mesir dan menjadi sebahagian daripada anggota kabinet Mohamed Morsi selaku presiden.
Mohamed Morsi merupakan ahli politik dan pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan yang memenangi PRU Mesir pada 2012 sebelum digulingkan oleh Abdel Fattah. Tokoh Ikhwanul Muslimin terbabit kemudian ditahan, dipenjara dan dibicarakan.
Dia meninggal dunia di dalam mahkamah pada 17 Jun 2019.
Fauwaz berkata semua pihak perlu bersikap objektif dan memahami realiti ilmu dengan baik.
"Tidak ada orang yang sempurna dan ambillah yang terbaik daripada tokoh kita walaupun kita tidak bersetuju dengannnya.
"Inilah yang dikatakan hikmah dan kebijaksanaan. Saya bercakap benar berdasarkan pengalaman saya di dalam pembelajaran turath yang mendalam," katanya lagi.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/10/40a519cd38b49e41a16beb25eb0dd33a.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.