Nvidia sekat penghantaran pelayan cip AI ke Malaysia dan tiga negara jiran
Langkah itu menyusul selepas sekatan baru AS minggu lalu yang merupakan sebahagian usaha untuk menutup laluan yang dipercayai digunakan firma China bagi memperoleh cip kecerdasan buatan (AI) canggih.
Nvidia mengarahkan rakan pengilangnya supaya menghentikan penghantaran pelayan yang mengandungi cip keluarannya ke Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia, lapor Financial Times pada Khamis.
Langkah itu menyusul selepas sekatan baru Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa minggu lalu yang mewajibkan lesen eksport bagi penghantaran cip canggih ke beberapa negara Asia Tenggara — sebahagian daripada usaha Washington untuk menutup laluan yang dipercayai digunakan firma China bagi memperoleh cip kecerdasan buatan (AI) canggih.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/03/c11d01625c9febc551f90764be3aba17.jpg)
Menurut Reuters yang memetik FT, rakan pengilang seperti Dell dan Supermicro, yang memasang cip Nvidia ke dalam pelayan, memaklumkan kepada pembeli di keempat-empat negara terbabit bahawa Nvidia tidak membenarkan pesanan mereka dihantar.
Masih tidak jelas sama ada penghentian itu bersifat sementara ketika Nvidia dan rakan kongsinya meneliti keperluan pematuhan di bawah kawalan eksport baharu AS, lapor akhbar berkenaan dengan memetik tiga sumber yang mengetahui perkara itu.
Nvidia, Dell dan Supermicro tidak segera memberi maklum balas terhadap permintaan Reuters untuk mendapatkan ulasan di luar waktu pejabat biasa.
Jabatan Perdagangan AS menerbitkan peraturan baharu itu beberapa hari selepas ketua pegawai eksekutif Nvidia, Jensen Huang meletak jawatan susulan laporan mengenai hubungan sulitnya dengan seorang wanita yang disyaki perisik China dan pernah bekerja di syarikat pengkomputeran awan berpangkalan di Singapura, Megaspeed.
/file/attachments/orphans/PresidentandCEOofNVIDIAJensenHuang1011262_161229.jpg)
Lembaga pengarah Nvidia kemudiannya melantik semula Huang sebagai ketua pegawai eksekutif pada 23 November.
Megaspeed, rakan kongsi Nvidia yang menyewakan kuasa pengkomputeran di pusat datanya, kini berdepan siasatan ketat berhubung kemungkinan penyelewengan haram cip AI canggih ke China.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/03/7de48081b4caf8789c3c75f2339cda7c.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.