Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ali Rustam: Chua kritik Melayu untuk dapat sokongan
Diterbitkan:  Sep 30, 2008 3:02 AM
Dikemaskini: 8:06 AM

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kenyataan bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng bahawa kini tidak lagi wujud keperluan untuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), adalah tidak wajar.

Beliau yang juga ketua menteri Melaka berkata, sebagai calon bagi jawatan presiden MCA dalam pemilihan parti itu Oktober ini, kenyataan Chua itu adalah cara lama untuk meraih sokongan dengan mengkritik orang Melayu.

ali rustam and umno Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Mohd Ali berkata matlamat DEB adalah jelas iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk semua kaum.

Semua bangsa mendapat faedah daripada DEB, katanya dalam laporan Bernama

Beliau mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Chua sebagai berkata pelaksanaan DEB perlu dikaji dan matlamat penstrukturan semula masyarakat di bawah dasar itu perlu dimansuhkan.

"Kita dah banyak buang masa polemik politik lebih-lebih lagi semasa pemilihan parti.

"Chua mesti mencari 'cara baru' untuk mendapat sokongan dan bukan mengkritik dasar kerajaan yang kononnya menolong bangsa Melayu." kata Mohd Ali.

Beliau berkata Chua sewaktu menjadi menteri kesihatan telah gagal menyelesaikan masalah kekurangan doktor dan doktor pakar di negara ini.

ADS