Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua Puteri: Rosnah dahului dengan 14 pencalonan
Diterbitkan:  Oct 11, 2008 9:23 PM
Dikemaskini: 5:24 PM

Naib ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mendahului dengan mendapat 14 pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Puteri Umno Malaysia.

rosnah abdul rashid Hari ini, Rosnah mendapat enam lagi pencalonan dari bahagian Bachok, Kota Belud, Taiping, Libaran, Semporna dan Kota Kinabalu.

Di tempat kedua ialah Ketua Penerangan pergerakan itu Datuk Shahaniza Shamsuddin yang mendapat 11 pencalonan.

Kesemua tujuh bahagian Puteri di Pahang yang bermesyuarat hari ini mencalonkan Shahaniza.

Bahagian berkenaan ialah Bentong, Lipis, Bera, Rompin, Kuantan, Maran dan Raub

puteri umno 11 oct 2008 Manakala setiausaha pergerakan itu Bibi Sharliza Mohd Khalid mendapatkan empat pencalonan dan exconya, Datin Ismalina Ismail mendapat dua pencalonan.

Setakat ini 32 bahagian pergerakan itu telah mengadakan mesyuarat, bagaimanapun hari ini mesyuarat pergerakan Puteri Bahagian Sandakan diumumkan tidak sah.

Ketua Umno bahagian Sandakan Datuk Ampong Puyung dalam satu kenyataan hari ini berkata keadaan itu berlaku disebabkan beberapa masalah teknikal, termasuk tidak mendapat kelulusan untuk mengadakan mesyuarat daripada bahagian.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tualang Sekah, Perak, Nolee Ashikin Mohd. Radzi memperoleh lima pencalonan dari bahagian Lipis, Kuantan, Bera, Maran dan Raub

Manakala ketua Puteri Umno Kedah, Shahanim Mohamad Yusoff mendapat satu pencalonan untuk jawatan yang sama dari bahagian Rompin.

ADS