Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.

mca youth agm 171008 debater ting tai fook Beliau juga mahu ISA turut dikenakan ke atas pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru kerana menganggap kaum Cina menumpang di Malaysia.

Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong (kanan) membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.

Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Katanya, kenyataan itu bukan sahaja dibiarkan oleh kepimpinan Umno tetapi juga telah mendorong Ahmad untuk membuat kenyataan yang senada dengannya.

Ting berkata, ISA tidak sepatutnya digunakan terhadap orang awam seperti yang telah dilakukan bulan lalu.

khairy jamaluddin parliament pc 230608 04 "Jika kita mahu menggunakan ISA, gunakan ISA terhadap orang-orang ini terlebih dahulu [...] Saya juga percaya Khairy,

pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini akan kalah teruk dalam pemilihan Umno yang akan datang," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Perwakilan dari Perak itu menegaskan bahawa kaum Cina bukan rakyat kelas dua atau hamba di negara ini.

Ting turut membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menuduh beliau seorang pembohong kerana terus menerus mendakwa beliau mempunyai sokongan untuk menubuhkan kerajaan.

Baca berita penuh

ADS